Monday 2 July 2012

FENOMENA ANGRY BIRD

Angry Bird… Angry Bird…. Angry Bird….

Nampaknya fenomena Angry Bird mula melanda industri pembuatan kek negara! Serius Cik Ira tak tipu. Buktinya kebelakangan ini sering sahaja pelanggan KEDAI KEK ROSMANIS  a.k.a  ROSMANIS BAKERY memilih kek yang berkonsepkan Angry Bird.
Cik Ira naik pening memikirkan rekaan-rekaan Angry Bird yang menarik lagi mempesonakan untuk pelanggan  ROSMANIS yang dikasihi sekalian.
Tapi demi kalian wahai pelanggan, Cik Ira tingkatkan usaha,  memerah idea dan keringat sehingga kering tidak bertitis. Nah! Ini hasilnya………..
Sebelum itu, untuk pengetahuan semua terdapat 3 jenis rekaan yang Cik Ira hasilkan untuk kek Angry Bird.

Pertama-tama adalah rekaan berkonsepkan GAMBAR CETAKAN. Ini adalah KAEDAH TAMPAL & MENANG! hahaha...

Maksudnya gambar ditampal di atas kek dan dihiasai dengan aneka krim warna-warni yang bersesuaian dengan gambar Angry Bird tersebut. Kebanyakkan pelanggan ROSMANIS memilih rekaan jenis ini. Mari  kita lihat rekaan-rekaan yang Cik Ira hasilkan.

Contoh 1

                                                       Contoh 2

                                                     Contoh 3
Contoh 4
              
Contoh 5

                                                                Contoh 6

Kedua adalah rekaan 3D.

Rekaan ini menjadikan kek anda  kelihatan seperti seekor Angry Bird yang sebenar. Cik Ira sebenarnya agak tekanan perasaan kalau mendapat tempahan kek Angry Bird 3D. Pembuatannya agak rumit dan memerlukan ketelitian. Tapi bukankah minat mengatasinya segalanya! Mari kita lihat hasil kek ANGRY BIRD 3 DIMENSI ALA CIK IRA :)

                                    Contoh 7: Angry Bird Merah Membara
Contoh 8: Angry Bird Haru Biru

Contoh 9: Sebiji RM4.50

Contoh 10: Penternakan Angry Bird Secara Keci-Kecilan

Contoh 11: One Happy Family at Home

                                    Contoh 12: Choc Moist Angry Bird
Contoh 13: Warna-warni kehidupan


Ketiga adalah rekaan berkonsepkan ‘MARI MELUKIS’.

Mula-mula Cik Ira akan hasilkan sebiji kek yang enak, gebu lagi mempesonakan seperti yang dikehendaki pelanggan. Kemudian dengan gigihnya Cik Ira akan membuat lakaran Angry Bird dan seterusnya lakaran tersebut diwarnakan dengan jeli aneka warna bagi menaikkan seri kek tersebut. Inilah hasilnya!

Gambarajah dilakar sesedap rasa di atas kek yang gebu memutih.

Lakaran kemudiannya diperjelaskan lagi tanpa was-was.

Seterusnya diwarnakan mengikut naluri hati sanubari Cik Ira.
Taaaaaddddaaa.... Inilah hasilnya kek berkonsepkan MARI MELUKIS 
 
Tentu anda hairan alih-alih satu sahaja kek berkonsepkan ‘MARI MELUKIS’ yang Cik Ira persembahkan.   Hahahaha… Cik Ira telah mengembar-gemburkan cerita tentang kek rekaan ketiga ini. Sebenarnya inilah satu-satunya kek yang menggunakan teknik lukisan yang Cik Ira hasilkan. Oleh yang demikian silalah kalian tempah sebarang dua supaya testimoni dan hasil karya kek Cik Ira menjadi lebih mantop dan mapan!

Baiklah, sudahkah anda memilih kek yang mana satu menjadi idaman kalbu? Cepat-cepat tempah sementara stok masih ada .Hehehehe.... Stok kami senantiasa ada buat anda!
Hubungi Cik Ira di talian 019-329 0746 atau Zul 012-643 3239 untuk sebarang tempahan atau layari laman facebook kami di http://www.facebook.com/ira.madecakes